• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Kena Isytihar Gencatan, Gerak Pasukan Pengamam

oleh Ahmad Albab
26/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seharusnya campur tangan dengan mengisytiharkan gencatan senjata serta menggerakkan pasukan pengaman ke Myanmar bagi menangani krisis kemanusiaan melibatkan etnik Rohingya di negara itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata sudah tiba masanya pertubuhan itu berbuat demikian memandangkan pelbagai kesan negatif yang terpaksa ditanggung etnik tersebut termasuk menjadi pelarian ke negara lain.

“Saya fikir PBB patut mengambil tindakan segera untuk lakukan gencatan senjata serta-merta dan hantar satu pasukan pengaman untuk menghalang malapetaka.

“Penyeksaan itu dibuat dengan sengaja supaya rakyat dan orang Islam di Rakhine lari meninggalkan negara (Myanmar). Ini satu proses menghalau dan menakut-nakutkan (etnik Rohingya) sekali gus mengakibatkan masalah rentas sempadan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan (SK) Perol di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh turut melahirkan kekesalannya terhadap majoriti masyarakat antarabangsa yang hanya mengambil sikap berdiam diri dengan krisis yang menimpa etnik Rohingya di negara tersebut.

“Kadangkala kita hairan, apabila keganasan berlaku kepada orang bukan Islam, satu dunia meloncat, tapi bila kekejaman berlaku ke atas orang Islam, berlaku depan mata dengan sifat kebinatangan, perkara sebaliknya berlaku.

“Cara penyeksaan yang dilakukan itu bukan sahaja kejam, tidak berperikemanusiaan, malah penuh dengan unsur-unsur kebiadaban,” katanya.

Mengulas penahanan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Annuar berkata ia adalah satu tindakan wajar yang diambil oleh polis selepas melakukan siasatan.

Katanya sebagai wakil rakyat, beliau dan anggota Parlimen lain telah berhempas-pulas untuk meluluskan akta itu di Parlimen setelah ia digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Polis yang jaga keamanan, memerlukan instrumen iaitu undang-undang. Kita (anggota Parlimen) dah tunai tanggungjawab untuk adakan SOSMA yang diluluskan di Parlimen mengikut peraturan yang ada. Jadi kami kesal kalau polis takut nak guna SOSMA,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata penahanan Maria di bawah SOSMA dilakukan berdasarkan dokumen yang ditemui di pejabat Maria, yang dilihat cuba menggugat demokrasi berparlimen negara ini dan tiada kaitan dengan politik. – BERNAMA

Tags: MyanmarPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd