• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Idaman Jadi Zon Merah, 340 Penduduk Dipindah

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

“Kesemua mereka diarahkan berpindah sebelum pukul 1.45 petang ini. Setakat 11.45 pagi tadi, hanya 10 peratus penduduk yang berpindah. Kami minta kerjasama penduduk agar akur dengan arahan ini demi keselamatan mereka.

“Di sekolah ini, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memainkan peranan menyediakan makanan kepada mereka. Penduduk akan ditempatkan di sekolah ini sehingga proses baik pulih selesai,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Menurut Supramaniam, sebanyak 64 unit rumah terjejas dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi.

Beliau berkata penduduk tidak perlu merasa khuatir kerana anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal kediaman mereka yang ditinggalkan.

Orang ramai juga tidak dibenarkan berada di kawasan kejadian yang merangkumi radius seluas 600 meter itu, katanya.

Satu lencongan jalan baharu akan dibina segera untuk kegunaan penduduk, tambahnya.

Supramaniam berkata siasatan mendapati runtuhan tanah itu berpunca daripada pengaliran air bawah tanah yang deras.

“Hasil pemantauan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ia (tanah runtuh) bukan daripada air paip,” katanya.

Supramaniam berkata operasi membaik pulih serta memantau keadaan di lokasi kejadian disertai oleh pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, 10 buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan tersebut tercampak ke lereng bukit berdekatan.

Anggota Parlimen Hulu Selangor yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan turut melawat kawasan kejadian. – BERNAMA

Tags: polistanah runtuhZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd