• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Asing Biayai Aktiviti Politik Tidak Boleh Diterima

oleh Ahmad Albab
26/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara-negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.

Membenarkan perbuatan seumpama itu malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.

“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik. – BERNAMA

Tags: George SorosSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Dakwa Anak George Soros Terbit Dokumentari 1MDB

02/10/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa sebuah dokumentari siasatan berkaitan skandal 1MDB dihasilkan anak hartawan terkemuka Amerika...

George Soros Bilionair Pemanipulasi Demokrasi

31/05/2018
0

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengkritik hebat George Soros semasa krisis kewangan melanda negara pada 1997 dulu. Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd