• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa Anak George Soros Terbit Dokumentari 1MDB

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa sebuah dokumentari siasatan berkaitan skandal 1MDB dihasilkan anak hartawan terkemuka Amerika Syarikat (AS), George Soros yang pernah dilabelkan “penyangak mata wang” oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Najib berkata, ramai tidak tahu “The Kleptocrats” yang dipromosikan media tempatan sewaktu perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung, diterbitkan Alex Soros.

Bekas perdana menteri itu berkata, Alex pernah mengakui dirinya “bangga menjadi penerbit eksekutif” dokumentari itu melalui Twitternya.

“Alex Soros juga adalah pengarah dalam organisasi Open Society Foundations (OSF) atau nama lamanya Open Society Institute (OSI) dan pengarah Jewish Funds for Justice,” tulisnya di Facebook sambil berkongsi satu pautan Wikipedia untuk menyokong dakwaannya.

Dokumentari “The Kleptocrats” dikeluarkan pada 2018 dan pertama kali ditayangkan di pesta Doc NYC di New York pada November tahun lalu, kemudiannya di Malaysia melalui saluran televisyen berbayar.

Ia kembali mendapat perhatian selepas iwonder, perkhidmatan penstriman video baru dilancarkan di Malaysia dengan lebih “1,000 kandungan hiburan fakta”, termasuk “The Kleptocrats”.

Pada 2016, polis menyiasat 3 pertubuhan, termasuk pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 yang dikatakan menerima sumbangan dari OSF yang dikaitkan dengan Soros.

Ogos lalu, The Hollywood Reporter (THR) dalam laporannya berkata, ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low dikatakan cuba menghalang dokumentari “The Kleptocrats” terus diedarkan.

THR melaporkan firma guaman Schillings yang berpangkalan di London menuduh dokumentari itu memfitnah anak guamnya dengan mendakwa dia sebagai dalang utama skandal tersebut.

Ia juga mendakwa dokumentari itu melanggar undang-undang hak cipta kerana menggunakan petikan video dan mungkin mengganggu beberapa prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Dokumentari arahan Havana Marking dan Sam Hobkinson itu antara lain mengandungi temu bual dengan wartawan yang melaporkan skandal tersebut, termasuk daripada New York Times, Wall Street Journal dan THR.

Pada lewat 1990-an ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri, beliau mendakwa Soros sebagai punca krisis kewangan Asia tercetus pada 1997.

Tetapi, kedua-duanya berdamai apabila Soros pertama kali melawat Malaysia pada 2006.

Perbicaraan 1MDB membabitkan Najib bermula 28 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Pekan itu berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank beliau antara Februari 2011 hingga Disember 2014. – FMT

Tags: 1MDBAlex sorosGeorge SorosNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd