• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pengedar Dadah Termasuk Dua Wanita Vietnam Ditahan

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM145,438 dalam dua serbuan di bandar ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek pertama, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Abdul Rahman pada pukul 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta itu, polis menemui pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM41,925.

“Susulan daripada tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Lorong Air Putih kira-kira 20 minit kemudian dan menahan tiga suspek termasuk dua wanita berusia antara 25 dan 42 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM103,513,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata antara dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan itu adalah 2,645 pil WY, 221.50 gram syabu, 832 gram heroin, 3,0000 pil Erimin 5 dan 1,210 pil ecstasy dipercayai untuk bekalan di sekitar daerah itu.

Turut dirampas sebuah kereta Perodua Myvi dan serangkai kunci kereta berserta alat kawalan jauh.

Katanya, kesemua suspek telah menjalani ujian saringan awal polis dan didapati positif dadah jenis metamphetamine dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd