• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesuaikan Perjuangan UMNO Dengan Realiti Semasa

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Idealisme perjuangan UMNO kini perlu disesuakan dengan realiti semasa jika ia mahu dilihat sebagai relevan oleh generasi masa kini, kata seorang pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata berbeza sebelumnya, generasi sekarang lebih gemar berkongsi atau membincangkan isu-isu kehidupan semasa seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pemilikan rumah.

“Dahulu, perbicaraan tentang politik banyak bersandar kepada idealisme iaitu memperjuangkan kepentingan dan nasib bangsa.

“Orang muda sekarang lebih apolitical dan tidak terlalu letakkan diri dalam urusan bersifat kepartian atau politik,” katanya kepada Bernama menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bermula Selasa ini.

Bagaimanapun, katanya adalah penting semangat perjuangan parti harus terus kekal mekar dalam diri setiap anggota UMNO supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan kepelbagaian maklumat yang tidak pasti kebenarannya.

Jika tidak, katanya, adalah sukar bagi seseorang untuk memahami kerelevanan apa yang diperjuangkan oleh parti selama ini.

Beliau memberi contoh peranan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menyediakan biasiswa kepada pelajar Bumiputera tetapi ada yang tidak sedar perjuangan ke arah mewujudkan institusi itu.

“Mereka tidak tahu kaitannya dengan kuasa politik. Sebabnya sejak merdeka sampai sekarang kita (UMNO) tak pernah hilang kuasa,” kata Annuar yang juga Pengerusi Mara.

Annuar juga berkata UMNO yang berteraskan keindukan Melayu bukan semata-mata melindungi kepentingan kaum itu, malah turut menjaga kepentingan kaum lain.

Untuk itu, beliau berharap barisan kepimpinan UMNO dapat memainkan peranan berterusan menyuntik semangat perjuangan parti dalam diri anggotanya supaya boleh kekal relevan dalam persekitaran yang semakin mencabar pada masa ini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd