• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Dalam Misi Ekstradisi 8 Suspek Rompak MT Orkim

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini dalam rundingan akhir untuk mengekstradisi lapan suspek yang terlibat dalam kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar berkata sepasukan pegawai penyiasat dari Cawangan Siasatan Jenayah Maritim Malaysia ketika ini berada di Hanoi, Vietnam untuk mengadakan rundingan akhir dalam proses membawa pulang lapan suspek terbabit.

“Empat pegawai dan 20 anggota daripada Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia telah bersiap sedia daripada pelbagai sudut untuk memastikan misi membawa kesemua suspek ke Malaysia berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lapan lelaki Indonesia itu ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di selatan negara berkenaan ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan.

Kapal MT Orkim Harmony itu dilaporkan hilang bersama 22 anak kapal, termasuk 16 rakyat Malaysia di lokasi terakhir, lebih kurang 23.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili, Johor pada kira-kira 7 pagi, 12 Jun tahun lepas.

Ketika kejadian, kapal tersebut dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan dengan membawa muatan minyak petrol Ron 95 seberat 5,879 metrik tan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd