• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Genosid Rohingya Isu Sejagat, Bukan Hanya Muslim

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekejaman ke atas etnik Islam Rohingya ini bukanlah satu isu yang membabitkan umat Islam, tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, musibah ini bukan sahaja tidak dapat diterima oleh umat Islam, malah setiap insan yang mempunyai nilai kemanusiaan.

Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa kecewanya terhadap persatuan-persatuan Islam antarabangsa seperti OIC yang dilihat tidak proaktif dalam menjalankan peranannya.

“Apa yang mendukacitakan adalah dunia Islam khususnya OIC dan seumpamanya tidak mengambil langkah yang sewajarnya, kerana Myanmar bukanlah satu negara yang kuat untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan,” ujarnya semasa menghadiri perhimpunan membantah kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang tadi.

Genosid Rohingya Isu Sejagat, Bukan Hanya Muslim
Dr. MAZA selaku penasihat Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) berhimpun membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya. Kredit gambar: Fisha Hanudin/MYNEWSHUB.
Genosid Rohingya Isu Sejagat, Bukan Hanya Muslim
Antara kaum Rohingya yang hadir semasa perhimpunan terseut yang diadakan di perkarangan bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, petang tadi. Kredit gambar: Fisha Hanudin/MYNEWSHUB

“Sebagaimana umat Islam seluruh dunia begitu lantang menentang kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin, tindakan yang sama haruslah dilakukan terhadap tentera Myanmar kerana apa yang mereka lakukan (genosid) lebih kejam daripada kezaliman Israel di Tebing Barat,” tegas Mohd. Asri lagi.

Seterusnya, di dalam kapasitinya sebagai penasihat Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) dan Mufti negeri Perlis, Mohd. Asri juga berharap agar kerajaan Malaysia lebih agresif dalam menangani isu yang telah membelenggu umat Islam Rohingya sejak berdekad-dekad lamanya ini.

“Mereka (etnik Rohingya) ini lebih memerlukan bantuan daripada kita,” katanya lagi.

Himpunan membantah kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya di hadapan kedutaan itu di Jalan Ampang Hilir, selepas solat Jumaat.

Kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan itu, kebanyakannya terdiri daripada etnik Rohingya berarak sejauh 1km dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Myanmar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dr.mazaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd