KUALA LUMPUR – Pahang mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 apabila membolot lima anugerah, termasuk Anugerah Pemain Bernilai menerusi penjaga gol, Khairul Azhan Khalid.
Selain itu, Khairul Azhan turut meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan pemilihannya sebagai pemain paling bernilai menjadikan penjaga gol pertama meraih anugerah itu selain Persatuan Bola Sepak Terbaik, Pertahanan Terbaik (Razman Roslan) dan Jurulatih Terbaik menerusi Zainal Abidin Hassan.
Anugerah lain menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih dua anugerah menerusi Anugerah Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik.
Selain itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengekalkan anugerah Pemain Tengah Terbaik, Mohd Farhan Roslan memenangi Pemain Muda Terbaik, Ashfaq Ali (Pemain Asing Terbaik), Mohd Norfarhan Mohamad (Penyerang Terbaik) manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dipilih sebagai penerima Anugerah Fair Play. – BH Online

