• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG bakal pengantin baharu di China yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka mengharungi detik malang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas hingga pengsan kebuluran.

Dalam kejadian pelik pada 22 November lalu itu, pasangan mempelai berkenaan difahamkan terperangkap selama 20 jam di dalam kenderaan tanpa sebarang makanan dan minuman.

Foto pengantin wanita yang memakai baju sejuk berwarna merah jambu sedang bersandar di bahu pasangannya tersebar menerusi laman sesawang negara itu.

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

Menurut sebuah laman tempatan negara itu, selain pasangan pengantin itu, hampir 2,000 buah kenderaan lain juga terlibat dalam kesesakan lalu lintas luar biasa tersebut.

Difahamkan kesesakan itu berpunca akibat salji tebal yang melanda Pergunungan Qinling dan menghalang pergerakan lalu lintas lebuh raya Xian-Hanzhong di kedua-dua arah.

Susulan salji tebal yang melanda, banyak kenderaan berat tidak dapat meneruskan perjalanan selain beberapa kenderaan turut mengalami kemalangan akibat jalan raya yang licin juga menjadi punca kepada kesesakan.

Tersadai 20 Jam, Pengantin Pengsan Kebuluran

Salah seorang mangsa yang terlibat memberitahu wartawan bahawa mereka tidak dapat bergerak walau seinci pun selama 20 jam.

Bagaimanapun, keadaan pulih seperti sedia kala pada 23 November selepas pihak berkuasa tempatan mengerahkan seramai 70 anggotanya untuk membersihkan timbunan salji yang menghalang laluan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kebuluranpengantinpengsan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

05/10/2025
0

TEMERLOH: "Suami memang suka panjat pokok, bukan sebab kerja (petik buah kelapa) tapi sebab minat," kata Fatimah Muhammad, 67, isteri...

Somalia Beri Amaran Bakal Hadapi Kebuluran

31/05/2022
0

MOGADISHU - Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad, menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd