• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Arah Penyerang Khalid Samad Di Parlimen Serah Diri

oleh
26/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi reaksi mengenai insiden kekecohan terhadap Khalid Abdul Samad di luar lobi bangunan Parlimen pada Khamis.

Justeru tegas Khalid, polis memberi tempoh hingga jam 2 petang ini kepada 10 individu terlibat untuk serah diri dan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengarahkan 10 individu yang dikenal pasti terlibat dalam kekecohan itu supaya segera tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Antara yang berjaya dikenal pasti ialah Firdaus Tajuddin iaitu anak lelaki kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Insiden sekitar jam 12 tengah hari itu dipercayai susulan tindakan biadap Ahli Parlimen Shah Alam itu yang memanggil Tajuddin dengan perkataan ‘SIAL’ dalam persidangan Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi PAN dikatakan bertindak kurang ajar sedemikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

“Kami perlu melindungi kesucian Parlimen,” kata Ketua Polis Negara itu pada sidang media selepas majlis penganugerahan pangkat untuk beberapa pegawai kanan di Bukit Aman pada Jumaat.

Khalid turut memberi amaran keras terhadap mereka yang sengaja melanggar undang-undang termasuk mana-mana pihak yang didapati menimbulkan kekecohan di kawasan Parlimen.

“Kami juga akan siasat buku log memasuki Parlimen. Malah, saya sudah bosan dalam beri amaran. Tindakan akan diambil. Mereka yang langgar undang-undang mesti sedia menerima akibat atas tindakan itu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd