• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Wataniah Perlu Bersemangat Pertahan Negara

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan Askar Wataniah supaya memantapkan semangat dan daya juang untuk mempertahankan tanah air tanpa perasaan takut dan berbelah bahagi.

Baginda juga mahu setiap Askar Wataniah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan pada setiap masa dalam apa keadaan sekalipun.

“Dalam hubungan ini setiap anggota hendaklah mempamerkan ‘Etos Ketenteraan’ iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, pengorbanan, maruah, integriti, disiplin, profesionalisme dan semangat ‘Esprit de Corps,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian pada santapan malam meraikan Timbalan Komander rejimen tersebut, Lt-Kol Azhar Ahmad yang ditukarkan ke rejimen lain tidak lama lagi.

Baginda turut mengingatkan anggota Askar Wataniah supaya sentiasa berusaha mengemas kini pengetahuan dalam segala aspek berkaitan profesion mereka di samping meningkatkan tahap berkomunikasi dan menjaga kesihatan.

“Beta ingin meminta masyarakat agar sedar bahawa peranan Askar Wataniah sebagai barisan kedua pertahanan negara adalah membantu angkatan tetap mempertahankan negara dalam apa jua situasi,” titah Tuanku Syed Faizuddin. – BERNAMA

Tags: Askar WataniahRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Baru tiga bulan berjanji sudah 'dicapatikan'. Bagitu sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd