• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zico Sasar Kekal Rekod Bersih Kumpulan A

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Juara bertahan, Thailand mahu meneruskan rentetan kemenangan apabila berdepan tuan rumah bersama, Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Bulacan, Filipina, esok.

Ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang berkata pasukannya tidak akan memandang rendah skuad Azkals walaupun sudah sah menjadi juara kumpulan, sekali gus mara ke separuh akhir.

“Walaupun kami sudah mara ke peringkat seterusnya, perlawanan esok tetap penting,” kata Kiatisuk yang digelar Zico kerana ketajamannya menghasilkan gol ketika menjadi pemain pada sekitar 1990-an.

“Sasaran kami adalah tiga mata, sama seperti dua perlawanan sebelum ini. Kami akan menukar beberapa pemain kerana mempunyai 23 pemain yang kesemuanya adalah setanding.

“Kejohanan ini menawarkan mata ranking FIFA, jadi kami akan memberikan aksi terbaik,” kata Kiatisuk seperti dipetik dalam laman sesawang kejohanan www.affsuzukicup.com.

Beliau bagaimanapun mengakui kekuatan pasukan tuan rumah yang memerlukan kemenangan dalam perlawanan esok untuk memastikan tiket ke separuh akhir.

Ketua jurulatih Filipina, Thomas Dooley berkata skuadnya tiada pilihan selain memastikan kemenangan ke atas skuad Gajah Perang jika mahu meneruskan kemaraan.

“Ini mungkin menjadi perlawanan terakhir kami di kejohanan ini. Ia adalah aksi paling penting kerana kami perlu menang untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk turun beraksi,” kata Dooley, 54 yang berasal dari Amerika Syarikat.

Setakat ini, Filipina mengumpulkan dua mata daripada dua perlawanan manakala Singapura dan Indonesia yang akan berdepan antara satu sama lain dalam satu lagi aksi Kumpulan A esok, masing-masing mengumpulkan satu mata. – BERNAMA

Tags: bola sepakPiala AFF Suzuki 2016Zico
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd