• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Maut Dihempap Marmar Lebih 100Kg

oleh AK-47
26/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang warga Bangladesh maut manakala dua rakannya cedera dengan seorang daripadanya parah selepas dihempap kepingan marmar lebih 100 kilogram di sebuah kilang di Simpang Pulai dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berumur 30 tahun dan belum diketahui identitinya meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozmi Che Hamat berkata ketika kejadian mangsa dan dua lagi rakannya sedang menyusun kepingan marmar ke dalam kontena sebelum ia terbalik dan menghempap mereka.

“Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.33 petang sebelum 11 anggota dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Rozmi berkata dua lagi yang cedera juga merupakan warga Bangladesh dan masing-masing mengalami patah rusuk selain beberapa kecederaan lain.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pukul 6 petang tadi. – BERNAMA

Tags: Marmarmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd