• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Sejuta Pemuda Melayu Tidak Daftar Pengundi

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO percaya lebih sejuta anak muda Melayu yang layak masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, meskipun jentera UMNO di peringkat akar umbi berusaha mengesan mereka, namun agak sukar kerana kebanyakan mereka berada di luar kawasan kerana bekerja.

“Banyak cabaran tetapi UMNO kena terus bekerja. Apa yang penting kini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan mereka yang belum berdaftar,” katanya dalam temubual dengan Bernama menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau berkata kesedaran itu penting kerana politik adalah satu-satunya kekuatan kaum Melayu, malah ia merupakan tuntutan fardu Kifayah dalam urusan membentuk kerajaan.

“Kita kena tahu orang Melayu tiada apa, tiada kekuatan ekonomi, tiada kekuatan lain kecuali kekuatan politik kerana kita ramai… tetapi sebenarnya yang ramai itu kini sudah berpecah-belah dan ditambah dengan yang tidak daftar mengundi, maka orang Melayu kena terima kalau kita hilang satu-satunya kekuatan,” katanya.

Malah, kata Annuar, UMNO juga mengenal pasti ratus ribu anggota parti yang belum berdaftar sebagai pengundi. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaDaftar PemilihMelayupengundiPRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd