• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PAS Main Politik Tangguh Bentang RUU 355?

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sengaja menangguhkan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat hari ini untuk kepentingan politik partinya.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, Presiden PAS berbuat demiikian untuk menguntungkan parti itu dan juga UMNO daripada isu yang berbangkit dalam kalangan orang ramai disebabkan rang undang-undang berkenaan.

“Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan UMNO khususnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) terdekat.

“Ia resipi yang mustajab, win win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara ‘smart partnership’. Dengan itu, adalah selamat untuk menjangkakan: PAS adalah rakan UMNO. Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang akhirnya akan gigit jari,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Husam menuduh Presiden PAS sengaja menangguhkan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kerana PRU akan diadakan pada Mac atau April tahun depan supaya pengundi Islam terus terperangkap dalam sentimen rang undang-undang itu.

Dakwaan Pakatan Harapan itu tidak berasas kerana Abdul Hadi sewaktu di Dewan Rakyat hari ini telah menjelaskan beliau meminta penangguhan memandangkan pindaan itu masih memerlukan kefahaman yang jelas oleh beberapa pihak walaupun penerangan secara bertulis telah diedarkan kepada mereka.

“Masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-bagai polemik di luar dewan ini melibatkan semua pihak. Walaupun undang-undang ini khusus bagi penganut islam sahaja berkait dengan kuasa raja-raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat, maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15 (5),” kata Abdul hadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASPresiden PASRUU355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd