• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Kawal Harga Rumah kos Rendah, Sederhana

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak telah melaksanakan dasar mengawal harga rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang dibangunkan pemaju swasta, kata Menteri Muda Perumahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata langkah itu adalah satu daripada lima langkah bersepadu untuk menangani isu kenaikan harga atau kos rumah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan negeri menetapkan harga siling rumah kos rendah pada RM50,400 bagi unit tengah dan RM59,220 bagi unit tepi.

“Bagi rumah kos sederhana rendah pula, harga ditetapkan pada RM80,000 bagi unit tengah dan RM100,000 bagi unit tepi,” katanya ketika menjawab soalan Ripin Lamat (BN-Lambir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, langkah kedua yang diambil ialah meningkatkan bekalan rumah melalui pelaksanaan pelbagai projek dan program perumahan awam, termasuk penyertaan sektor swasta antaranya menerusi Skim Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Rakyat, Skim Rumah Mampu Milik, Skim Rumah Pertamaku dan Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik Sektor Swasta (MyHome Scheme).

“Kerajaan juga akan melaksanakan Skim Perumahan Belia pada tahun depan khasnya untuk membantu golongan muda memilik rumah. Langkah ini akan dapat membantu menangani dan menstabilkan harga rumah seterusnya menawarkan harga rumah di bawah harga pasaran melalui subsidi harga rumah atau subsidi kos rumah oleh kerajaan,” katanya.

Abdul Karim berkata, langkah ketiga yang diambil ialah Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei akan meningkatkan lagi bank tanah dengan mengenal pasti tapak-tapak tanah yang sesuai di bandar-bandar utama seluruh negeri untuk tujuan itu.

“Selain itu, kementerian dengan kerja sama HDC dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina rumah menggunakan konsep Sistem Pembinaan Modular (IBS). Ini langkah keempat bagi mengurangkan kos pembinaan rumah mampu milik awam termasuk untuk Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR),” katanya.

Beliau berkata, langkah kelima untuk menangani kenaikan harga rumah membabitkan pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan di peringkat persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan kadar cukai keuntungan hartanah sebenar (RPGT), dan institusi kewangan pula dilarang menyediakan pembiayaan bagi projek yang terlibat dengan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS).

“Selain itu Bank Negara telah menetapkan bagi pinjaman perumahan kali ketiga, peminjam hanya dibenarkan untuk mendapatkan pinjaman perumahan mengikut maksimum nisbah ‘loan-to-value’ iaitu 70 peratus.

Abdul Karim berkata, langkah kelima yang diambil itu turut melibatkan instrumen-instrumen fiskal lain yang sedang digunakan oleh Bank Negara iaitu kadar faedah dan syarat simpanan berkanun yang boleh dinaikkan atau diturunkan pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan situasi dan pasaran. – BERNAMA

Tags: Rumahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd