• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Bot Nelayan Asing Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah bot nelayan asing ditahan di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi kerana tidak melaporkan ketibaan tengah hari, semalam.

Bot terbabit ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia daerah Maritim (DM) Tujuh Tanjung Sedili kira-kira 1.3 batu nautika Selatan Tanjung Setapa, Pengerang, setelah memberi alasan tidak mengetahui berada di perairan negara.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Sanifah Yusof berkata bot dinamakan ‘Hai Shun Shuai’ itu berdaftar di Taiwan dan dinaiki empat orang, termasuk tekong warga Taiwan.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 31 hingga 45 tahun dan dibawa ke pejabat APMM DM Tujuh Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Bot berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 449 Akta Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana tidak melapor ketibaan kepada Pengarah Laut Malaysia dan Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985,” kata beliau.

Sanifah berkata jika disabitkan kesalahan, awak-awak boleh didenda RM100,000 setiap seorang manakala tekong atau nakhoda boleh didenda sehingga RM1 juta.

Katanya APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan peguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara terhadap orang luar bagi mematuhi undang-undang Malaysia. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd