• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih Mahathir Malu Berkawan Dengan Saya – Ibrahim Ali

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadapnya adalah berat, namun akan terus menghormati bekas Perdana Menteri itu.

“Sedih apabila beliau mengatakan malu berkawan dengan saya tetapi saya tetap menghormati Tun kerana saya hormat orang tua dan ingat jasa Tun.

“Tak kisah saya tetap anggap Tun Mahathir bukan sahaja sebagai kawan, negarawan terbilang dan tetap hormat walau macam mana pun penghinaan beliau terhadap saya, tiada niat untuk memperkecilkan Tun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Kaitan: Dr. Mahathir: Saya Malu Ibrahim Ali Kawan Saya

Beliau mengakui merupakan penyokong kuat Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman belajar namun sokongan itu tidak bererti beliau akan sentiasa bersetuju dengan perjuangan dua individu itu.

Dr. Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum ini berkata beliau kecewa kerana Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan komitmen untuk sentiasa menyokongnya, tetapi enggan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata kerana parti itu bekerjasama dengan DAP.

Ibrahim menjelaskan, tidak akan menyertai parti yang menjalin kerjasama dengan DAP dan ianya dimaklumkan kepada Dr. Mahathir dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum parti PPBM didaftarkan secara rasmi.

“Saya tidak boleh menyertai kapal yang ada musuh dalam selimut, musuh tradisi. Nanti kapal yang baru buat tidak berjaya dan kapal yang belum dilakukan apa-apa sudah tenggelam,” katanya.

Beliau menjelaskan sebab utama menolak DAP dan beberapa parti kaum lain kerana mereka sering mempersoalkan kedudukan Bumiputera dan Islam di Malaysia.

Ibrahim berkata, mereka (PPBM) sepatutnya berterima kasih dengan beliau kerana tidak menyertai parti tersebut.

“Jika saya masuk dan dapati dalam manifesto ada agenda reformasi yang tidak boleh diterima, sudah tentu akan mendatangkan masalah,” katanya.

Sementara itu, beliau ketika mengulas mengenai penyertaan Perkasa dengan meletakkan 50 calon dibawah tiket bebas pada PRU14, Ibrahim menjelaskan akan bertanding di Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang nanti.

Menurutnya, adalah satu kelebihan dan memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih dan sebagai wakil rakyat dibawah tiket calon bebas, ianya mudah untuk berdebat di dalam parlimen.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, 50 calon bebas itu adalah individu daripada golongan profesional dan apabila ditanya sekiranya menang pada PRU14, beliau bersedia berunding dengan mana-mana parti yang mahukan sokongannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPIbrahim Alipakatan harapanPERKASAPKRPPBMTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd