• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qunut Nazilah Jumaat Ini Untuk Umat Islam Rohingya

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan Qunut Nazilah pada solat Jumaat, 25 November ini, untuk umat Islam Rohingya di Myanmar.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha berkata Qunut Nazilah akan dibaca semasa solat Jumaat di semua masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini serta semua masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jakim juga memohon kerjasama semua masjid di seluruh negara untuk turut sama mengadakan Qunut Nazilah yang sunat dibacakan ketika umat Islam dilanda bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan dan wabak, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jakim memandang serius kezaliman yang berlaku terhadap masyarakat Islam Rohingya di Myanmar yang diseksa dan dibunuh di Rakhine, Myanmar, katanya.

“Ini adalah merupakan suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia dan penghinaan terhadap umat Islam minoriti di Myanmar,” tegas beliau.

Othman berkata isu itu telah berlarutan dalam tempoh lama dan masyarakat Islam Rohingya masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.

Isu itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak di peringkat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), katanya.

Sehubungan itu, Jakim menyeru semua pihak untuk memanjatkan doa agar masalah dihadapi masyarakat Islam Rohingya dapat diselesaikan segera. – BERNAMA

Tags: islamMyanmarQunut NazilahRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd