• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Gesa Harimau Malaysia Tarik Diri Piala AFF

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia digesa menarik diri daripada perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar atas dasar prihatin dan solidariti mengecam kezaliman terhadap penduduk Rohingya.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membantah kekejaman yang berlaku.

Mohd Asri berkata segala bentuk kekejaman atau jenayah penindasan manusia harus dibantah dan kerajaan diminta supaya mengambil kira hal ini daripada sudut kemanusiaan melebihi semangat kesukanan.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Kezaliman dahsyat terhadap golongan etnik beragama Islam di Myanmar sedang berlaku.

“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup oleh kuasa pemerintah negara berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Media melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Myanmar meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu. – BERNAMA

Tags: Mufti PerlisPiala AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd