• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PAS Gantung Dua ADUN Selama Setahun Kekal

oleh AK-47
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) kekal.

Saari sendiri yang mendedahkan keputusan itu selepas menerima surat memaklumkan perkara itu pada petang Jumaat lepas, manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Khamis melalui khidmat kurier.

ADUN Hulu Kelang itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Selangor berkata, sebagai wakil dipilih rakyat, dia menerima keputusan yang diputuskan parti pada 2 November lepas.

BACA – Masjlis Syura Ulama Sudah Putuskan Rayuan 2 ADUN PAS

“Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan keahlian saya dan Hasnul dikekalkan. Apa pun saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN PAS, cuma tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti parti di peringkat kawasan mahupun negeri.

“Saya juga akan kekal sebagai ADUN Pakatan Rakyat (PR) dan menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN di kawasan saya seperti biasa,” katanya menurut laporan Mstar Online.

Selain memaklumkan keputusan, kandungan surat yang diterima adalah arahan dari parti agar mereka terus istiqamah dalam jemaah dan berdisiplin.

Bagi Hasnul, biarpun berat hati beliau terpaksa menerima keputusaan Majlis Syura Ulama itu.

“Nak buat macam mana, saya kena terima keputusan yang telah dibuat. Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan tersebut kekal dan jika mengikut perlembagaan parti saya sudah tidak boleh merayu lagi,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pada 27 Oktober, mereka berdua mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Kemudian, pada 2 November, Majlis Syura Ulama telah mengadakan mesyuarat berkenaan keputusan rayuan yang dikemukakan kedua-dua Adun PAS berkenaan, bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh enggan mendedahkan keputusan mesyuarat yang ditelah diputuskan.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adunPASpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd