KUALA LUMPUR – Beberapa perkhidmatan dalam talian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 14 hingga 16 November ini.
SSM dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan dalam talian itu dijangka mengalami gangguan dari pukul 6 petang pada Jumaat hingga 6 petang pada Ahad ini.
“Sistem yang terlibat dengan gangguan perkhidmatan itu adalah CBS (ROB dan ROC), e-Lodgement, e-Info, Portal MyCoID dan pembaharuan perniagaan di BSN,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, gangguan perkhidmatan itu disebabkan SSM akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem.
Sehubungan itu, semua akses kepada sistem dalam talian terbabit akan tergendala sementara pada tarikh yang ditetapkan tersebut. – mynewshub.cc
