• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Muar Perkemas Gerak Kerja, Tindakan Hadapi Banjir

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini sedang giat memperkemaskan perancangan gerak kerja dan susun atur tindakan mereka bagi menghadapi bencana banjir yang dijangkakan berlaku, tidak lama lagi.

Pegawai APM Daerah Muar, Mejar (PA) Ahmad Aliuddin Mohd Amin berkata perancangan itu merupakan sebahagian daripada persediaan awal dan telah dilakukan sejak Oktober, melibatkan latihan bencana dan pemeriksaan aset.

“Lazimnya, aset-aset ini digunakan sewaktu operasi meliputi empat bot, dua kenderaan pancuan empat roda dan sebuah lori lima tan.

“Pemeriksaan adalah untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan setakat ini, seramai 100 anggota juga telah menjalani latihan persiapan menghadapi bencana,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa siri mesyuarat turut diadakan bersama agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengenal pasti pusat-pusat pemindahan yang bakal dibuka dan bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir

“Setakat ini, sebanyak 68 pusat pemindahan baharu dan lama telah dikenal pasti di sekitar daerah Muar dan Tangkak dan kita sifatkan persiapan ini adalah lebih tersusun berbanding tahun sebelumnya kerana tidak dilakukan pada saat akhir,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tangkak Abdul Alim Abd Shukor berkata Pejabat Daerah Tangkak sentiasa akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menghadapi kemungkinan banjir.

“Walaupun keadaan banjir pada tahun ini dijangka tidak teruk memandangkan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) telah membina tebatan banjir di beberapa kawasan daerah Tangkak di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Ledang, namun kami tetap melakukan persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my petang semalam, mengeluarkan amaran kepada penduduk di Ledang agar berjaga-jaga dengan kejadian banjir berikutan aras air Sungai Mati Ledang mencecah 2.2 meter, melebihi aras amaran yang dikeluarkan pihaknya. – BERNAMA

Tags: APMBanjirmuar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd