• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu PPS: Kerajaan P.Pinang Gagal Cabar Perintah KDN

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini gagal untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal untuk mengisytiharkan PPS yang kini dikenali Badan Pasukan Sukarela sebagai sebuah pertubuhan yang sah selepas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan negeri itu pada 27 Jan tahun lepas.

Dalam keputusannya Hadhariah berkata permohonan semakan kehakiman itu ditolak selepas mahkamah mendapati PPS merupakan satu pertubuhan haram.

Mahkamah turut mendapati PPS merupakan sebuah pertubuhan dan ia perlu didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela itu menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu peguam Eric Augustin yang mewakili kerajaan negeri memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan meneliti arahan lanjut berhubung keputusan tersebut.

“Saya sudah beritahu Datuk Ambiga yang merupakan peguam dalam kes ini dan kami akan melihat tindakan selanjutnya untuk diambil.

“Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh yang merupakan pemohon mewakili kerajaan negeri dalam kes ini, dan beliau akan memberitahu media selanjutnya selepas ini,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memberi kebenaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah KDN yang mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan kerajaan negeri bagi kebenaran untuk semakan kehakiman, 8 Oktober tahun lalu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 27 Jan tahun lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri turut memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri mengikut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan. – BERNAMA

Tags: KDNPPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd