• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 4 Parah Kemalangan Babit 3 Kenderaan Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala empat yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 3.5, Jalan Ipoh-Lumut di selekoh Puncak Jelapang Maju di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan pada 1.15 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Syafiq Isyammuddin, 25, manakala identiti dua kanak-kanak terlibat belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari Ipoh menuju Seri Iskandar.

Katanya dua daripada mangsa yang parah merupakan penumpang Mitsubishi Triton yang dikenali sebagai Nurul Nadia Baharizan, 28, dan Khalijah Samad, 79, manakala identiti dua lagi mangsa yang turut parah dan menaiki Toyota Camry belum dikenal pasti.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mazda yang datang dari Seri Iskandar ke Ipoh terbabas di lorong bertentangan selepas bergesel dengan Mitsubishi Triton itu di satu selekoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Jamil, Toyota Camry yang berada di belakang Mazda itu cuba mengelak daripada melanggar Mitsubishi Triton tersebut namun gagal sebelum ia melambung dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda itu lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Walau bagaimanapun kesemua empat penumpang Mazda tersebut tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera parah juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd