• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas OKU Maut Dalam Kebakaran Di Parit

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) maut apabila rumah yang didiaminya di Kampung Sungai Korok, Parit, kira-kira 36 kilometer dari sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian 5.20 pagi itu, Zainal Azmi Abu Hassan, 63, yang lumpuh kaki kanan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas terhidu asap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Leong Ah Kow berkata mangsa yang tinggal seorang diri itu sedang tidur ketika kejadian dan tidak sempat menyelamatkan diri.

“Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan mangsa tidak sempat melarikan diri dan mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya 80 peratus daripada rumah dua tingkat separuh batu dan papan itu musnah dan kerugian dianggar berjumlah RM40,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Parit Asmahisham Abdul Aziz berkata dua jentera dengan 18 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba, Ipoh pada 5.25 pagi.

“Operasi pemadaman dijalankan 55 minit sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya pada 6.30 pagi,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kebakaranwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd