• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,286 Kes Keganasan Rumah Tangga Sejak 2013

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,286 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari 2013 sehingga Jun tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 488 kes direkodkan pada 2013, 707 kes pada 2014, 667 kes pada 2015 dan 424 kes dari Januari hingga Jun 2016.

“Pelbagai langkah telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga termasuk mengadakan kempen-kempen kesedaran, sesi kaunseling bersama pasangan bermasalah dan Program Keluarga Bahagia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu mengenai program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM), katanya sebanyak 93,469 daripada 195,953 peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga Oktober 2016 menerusi program itu.

Katanya walaupun jumlah peserta yang berjaya agak kecil, namun kementerian tidak akan berputus asa dan sentiasa memantau perkembangan peserta yang belum berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

“Pemantauan kepada peserta akan dilakukan dari semasa ke semasa, semua agensi pelaksana memantau perkembangan peserta 1AZAM sekurang-kurangnya tiga kali setahun,” katanya.

Azizah berkata selain itu kursus berkaitan seperti keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan kredit turut diberikan kepada peserta dari semasa ke semasa.

Program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kementerian itu yang bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya, berkata pengambilan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2017 akan diadakan pada Mac, Julai dan September.

“Sebanyak 81 kem seluruh negara telah sedia beroperasi bagi PLKN dan aspek keselamatan di kesemua kem itu juga telah dipertingkatkan,” katanya.

Mengenai isu pencerobohan perairan negara, beliau berkata latihan ketenteraan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia akan diadakan pada Januari 2017 bagi mengatasi masalah penculikan yang sering berlaku. – BERNAMA

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd