• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujud Pemangku Timbalan Presiden Berasas

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk meminda Perlembagaan UMNO bagi memasukkan klausa baharu mengenai jawatan pemangku Timbalan Presiden adalah berasas, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata saranan itu, yang diutarakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak harus dinilai atau disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

“Jika diteliti ucapan beliau (Ahmad Zahid), adalah jelas sekali kenyataannya itu mempunyai asas iaitu beliau telah melihat betapa rumitnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu terpaksa menjalankan tugas tanpa pemangkuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya cadangan Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO dan menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, hendaklah dibawa ke peringkat parti terlebih dahulu sebelum sebarang pindaan Perlembagaan boleh dilakukan.

Justeru itu, katanya kenyataan itu tidak harus dipolemikkan kerana ia sangat jelas dan nyata.

Tengku Adnan berpendapat cadangan Ahmad Zahid dibuat bagi membawa penyelesaian jangka panjang untuk parti, dan bukannya atas kepentingan peribadi.

“Penyelesaian kepada keadaan seumpama ini, jika menurut Timbalan Perdana Menteri, juga harus meliputi jawatan-jawatan lain seperti pemangkuan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian apabila Ketua Bahagian meninggal atau seumpamanya,” katanya.

Berdasarkan Perlembagaan UMNO, Fasal 9.9 hanya menyentuh tentang pemangkuan jawatan presiden yang boleh dipangku oleh Timbalan Presiden sehingga diadakan pemilihan presiden baharu.

Fasal 9.10 pula menyebut tentang Naib Presiden yang boleh memangku jawatan Pemangku Presiden sehingga diadakan pemilihan baharu. – BERNAMA

Tags: Tengku AdnanUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd