• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Tunggu Aksi Terakhir Tempah Tiket Separuh Akhir

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Skuad Harimau Malaysia tidak perlu menunggu aksi terakhir Kumpulan B berdepan tuan rumah, Myanmar pada 26 November ini, untuk mengesahkan slot separuh akhir Piala AFF Suzuki 2016.

Pengurus skuad Harimau Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin, sebaliknya mahu skuad kebangsaan menewaskan Vietnam pada aksi kedua kumpulan, Rabu ini, untuk menempah tiket lebih awal ke separuh akhir edisi ke-11 kejohanan bola sepak rantau ASEAN itu.

Pada aksi sulung Kumpulan B semalam, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum menumpaskan Kemboja 3-2.

“Untuk dua perlawanan selepas ini, saya sudah maklumkan kepada ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee agar tidak menunggu perlawanan terakhir menentang Myanmar, jadi kemenangan ke atas Vietnam jadi keutamaan kita pada masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamidin mengakui terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki pengadil perlawanan untuk mengelak sebarang keputusan kontroversi yang akan menjejaskan kualiti kejohanan.

Beliau menjelaskan pemilihan pengadil dari enam negara berbeza untuk kejohanan kali ini diputuskan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdasarkan pengalaman dimiliki mereka.

Pengadil dari Oman, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah mencetuskan kontroversi pada aksi sulung antara Malaysia dan Kemboja, semalam.

Beliau membenarkan jaringan Chan Vathanaka pada minit keenam walaupun pemain lawan dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid ketika penjaga garisan sudah mengangkat bendera terlebih dahulu.

“Saya ingat (keputusan kontroversi) pengadil itu ada kebenarannya tetapi kita kena faham AFC putuskan untuk hanya ambil pengadil dari enam negara pada kali ini.

“Kurang persefahaman di antara pengadil itu mungkin ada juga, tapi kalau dari segi logiknya, pengadil kali ini antara yang terbaik dalam mematuhi peraturan perlawanan yang ditetapkan AFF,” tegas Hamidin. – BERNAMA

Tags: bola sepakDatuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd