• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Kes Pecah Rumah Di Manjung Berjaya Diselesaikan

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Polis berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah di sekitar daerah Manjung sejak awal tahun ini berikutan tertangkapnya seorang lelaki awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek berumur 33 tahun itu ditahan pada 6 November lalu ketika menginap di sebuah hotel di Lumut kira-kira 6 petang.

Katanya semasa ditahan, polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk dua unit kamera DSLR, beberapa utas jam tangan mewah, dua televisyen dan barang kemas dengan nilai keseluruhan bernilai lebih RM50,000.

“Polis turut menemukan 13 surat pajak gadai emas bernilai RM23,900 yang dipercayai hasil gadaian barangan kemas oleh suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tengku Zailan berkata hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif di sekitar Manjung iaitu di Desa Bayu, Venice Intan dan Taman Megah dan Sitiawan.

Tengku Mohd Zailan berkata hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau yang masing-masing empat kes berkaitan curi kenderaan dan dadah.

“Kesemua kes lampau berkenaan bukan hanya berlaku di Perak tetapi turut dilaporkan di Petaling Jaya, Selangor dan Dang Wangi, Kuala Lumpur,” katanya.

Suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Selain itu, Tengku Mohd Zailan berkata polis juga berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kenderaan di sekitar Manjung dan Sitiawan dengan tertangkapnya seorang lelaki pada 7 November dan tiga lelaki pada 25 Mei lalu.

Katanya kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan dadah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd