• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

194 Sekolah Uzur Di Pedalaman Sarawak Akan Dinaik Taraf

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 194 sekolah yang uzur di Sarawak akan dinaik taraf dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan tahun hadapan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem langkah ini akan memberi manfaat kepada 48,000 pelajar.

Beliau berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan RM21 juta tahun hadapan untuk menaik taraf 72 lagi sekolah yang uzur.

Adenan berkata demikian semasa membentangkan Enakmen Perbekalan Negeri (2017), 2016 di persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menyegerakan kerja menaik taraf bangunan sekolah yang uzur di pedalaman menggunakan sistem binaan berindustri (IBS).

Mengenai perumahan, beliau berkata kerajaan negeri mengambil beberapa langkah untuk menyediakan perumahan untuk keperluan kumpulan berpendapatan rendah.

“Untuk Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan dijangka membina 2,396 unit Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat dengan kos keseluruhan berjumlah RM232 juta.

Bagi melengkapi peruntukan yang disediakan Kerajaan Persekutuan dalam 2017, kerajaan negeri juga mencadangkan peruntukan berjumlah RM66 juta kepada tiga projek perumahan baharu di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata ini merangkumi pembinaan 1,040 unit Rumah Mampu Milik, 140 unit Rumah Mesra Rakyat dan pelaksanaan 17 Skim Lanjutan Kampung. – BERNAMA

Tags: sarawakSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd