• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Panel J/Kuasa Bebas Siasat Kebakaran HSA Dilantik

oleh
20/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Seramai 11 anggota panel dilantik dalam Jawatankuasa Bebas Siasatan Kebakaran berhubung tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bulan lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kesemua anggota panel yang terdiri daripada anggota bukan dari kerajaan dan bebas menjalankan siasatan tanpa sekatan, akan memulakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat.

“Mereka (anggota panel) bertanggungjawab membuat siasatan terhadap kelemahan atau kesilapan dengan tujuan untuk membetulkan kelemahan sedia ada serta memberi nasihat kepada Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang terlibat agar tragedi sama tidak berulang lagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke beberapa rumah di sekitar Kampung Baru, Batu Anam selepas merasmikan majlis gotong-royong mega bersepadu perangi aedes, peringkat kebangsaan 2016 di sini.

Pada 25 Oktober lalu, kebakaran di unit rawatan rapi di hospital itu mengakibatkan enam pesakit terkorban.

Dr. Subramaniam berkata pihaknya juga belum menerima laporan penuh kejadian kebakaran HSA dan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak bomba.

Sementara itu, mengulas mengenai program gotong-royong itu, Dr. Subramaniam berkata ia dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata sebanyak 18 peratus tempat pembiakan nyamuk aedes adalah di kawasan tanah rata dan 30 peratus di tapak pembiakan, justeru, kementerian akan menumpukan pembersihan di kawasan terbabit.

Katanya berdasarkan statistik dari Januari 2015 hingga Januari 2016, kes denggi di Malaysia menurun daripada 106,757 kes pada tahun lepas kepada 92,891 kes tahun ini.

Kes kematian juga menurun daripada 293 kematian pada tahun 2015 kepada 214 kematian pada tahun ini, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah Aminah (HSA)kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd