• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Culik: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlaku Kecuaian

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah dan pegawai Hospital Tanah Merah, Kelantan sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan seorang bayi perempuan diculik semasa dalam jagaan mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci masih dijalankan termasuk mengenal pasti kelemahan yang timbul walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan.

“Pihak kementerian akan memperketatkan lagi SOP membawa pulang bayi dari wad dalam usaha memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan ini menunjukkan kelemahan dalam sistem di mana ia sudah berlaku tanpa disyaki oleh pegawai keselamatan dan pegawai kejururawatan yang bertugas,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Wanita dan Jentera Pilihanraya (Wanita MIC) di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sudah mengarahkan pengarah Hospital Tanah Merah untuk melihat dan mengenal pasti kelemahan yang ada dan memastikan segala langkah keselamatan telah dipatuhi.

“Kita akan siasat dan jika dapat dipastikan ada kecuaian di peringkat mereka, tindakan akan diambil.

“Bagaiamana orang luar boleh masuk, ambil bayi dan pergi,. Ini satu perkara yang kita perlu lihat secara keras dan pastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lepas itu, bapa kepada bayi perempuan yang berusia lima hari itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya pada jam 9 malam selepas dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.

Susulan laporannya kepada pihak polis, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an tengah malam tadi di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. – BERNAMA

Tags: bayiculik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd