• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kualiti Hidup, Kenyataan Rohani Disalah Lapor

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Artikel bertajuk “Rakyat Malaysia: lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan kualiti hidup lagi” yang dipetik daripada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, telah disalah lapor.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini berkata Rohani amat mementingkan kualiti hidup dalam merancang bilangan anak dan harus seiring dengan tahap ekonomi demi kesejahteraan keluarga.

Bagaimanapun katanya ketika ini, negara sedang mengalami penurunan kadar kesuburan malah terdapat kemungkinan dalam masa terdekat, kadar kesuburan boleh jatuh ke paras yang rendah seperti di kebanyakan negara Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

“Keadaan ini akan menyebabkan populasi negara tidak dapat berkembang dengan baik dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, kadar kesuburan ini boleh jatuh di bawah paras penggantian dan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi serta kestabilan sosiobudaya,” kata KPWKM.

Artikel tersebut yang menyatakan rakyat Malaysia perlu mengabaikan kualiti hidup jika mahu mempunyai keluarga yang besar, disiarkan laman Says.com bertarikh 26 Mei 2015 dan viral di media sosial baru-baru ini.

KPWKM berkata ia bertanggungjawab untuk memastikan struktur populasi dan masyarakat yang dinamik sejajar dengan proses pemodenan yang dialami.

Bagi memastikan kesejahteraan keluarga dipelihara, KPWKM telah menggubal dan melaksanakan Dasar Keluarga Negara (DKN) bertujuan membangunkan institusi kekeluargaan yang kukuh, sejahtera dan berdaya tahan.

Selain itu, katanya kerajaan juga telah menjalankan beberapa inisiatif untuk sektor awam dan swasta yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kenaikan kadar kesuburan, selain memastikan kualiti hidup berkeluarga dipelihara. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd