• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 11 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Empat cedera dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan sebelum susur keluar Plaza Tol Tapah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata kemalangan pada pukul 10.20 pagi itu membabitkan 10 kereta, dua lori kecil, masing-masing sebuah lori tangki, bas ekspres, lori pikap dan van.

Dua daripada mangsa yang cedera merupakan pasangan suami isteri dikenali sebagai Abdul Aziz Youp Mat, 68, dan Rosiah Zainal, 61, yang menaiki Proton Waja, seorang pemandu Proton Iswara, Phoo Chee Leong, 52, serta pemandu lori tangki yang masih belum dikenal pasti identitinya.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kesemua kenderaan dalam perjalanan dari arah utara ke selatan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan bergerak perlahan dan berhenti kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan di KM321.8,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Som Sak berkata ketika itu sebuah lori tangki menukar lorong dari kiri ke kanan tetapi gagal mengelak daripada melanggar belakang sebuah bas eskpres.

“Dalam masa yang sama, lori tangki itu menggelongsor dan melanggar beberapa kenderaan di lorong kanan seterusnya menyebabkan kesemua kenderaan yang berada di lorong kiri dan kanan berlanggar antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya kes itu masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd