• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pengganas Bakar Diri Di Bank Australia, 26 Cedera

oleh AK-47
18/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seramai 26 orang awam tercedera apabila seorang lelaki bertindak membakar salah sebuah cawangan Bank Commonwealth di sini, kata pihak polis Australia.

Menurut pihak polis, penyerang tersebut didapati mulanya memasuki cawangan bank tempatan itu di kawasan kejiranan Springvale bersama-sama dengan cecair mudah terbakar.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan mengatakan lelaki itu menyiram tubuhnya sendiri dengan bahan bakar tersebut sebelum membakar dirinya, namun berita itu tidak dapat disahkan.

“Dia masuk ke dalam bank tersebut membawa sejenis bahan bakar, sebelum memasangkan api kepada bahan tersebut yang mengakibatkan tercetusnya kebakaran di dalam bank itu.

“Kemudian, dia telah membakar dirinya sendiri yang mengakibatkan beberapa orang berhampiran kawasan bank itu cedera,” kata polis Victoria, Inspektor Jacqui Poida.

Motif kejadian masih belum jelas dan Poida mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk menentukan jika insiden ini merupakan aktiviti pengganas.

Sementara itu, paramedik menyatakan 6 daripada 26 orang yang dirawat berada dalam keadaan kritikal. Salah seorang dipercayai ialah suspek, dan berada di dalam pengawasan pihak polis di hospital. – MYNEWSHUB.CC


Suspek Pengganas Bakar Diri Di Bank Australia… oleh mynewshub

Tags: Australiapengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd