Kehebatan dan kerja keras artis yang bernama Siti Nurhaliza ini tidak perlu lagi dipersoal mana-mana pihak.
Terbukti apabila pencapaian beliau dalam populariti industri seninya yang sentiasa mampu merangkul beratus-ratus anugerah hinggakan namanya terukir di The Malaysia Book of Record.
Bukan sahaja kehebatan di bidang nyanyian, malah beliau turut dikenali antara ahli perniagaan wanita yang hebat di Malaysia.
Lihat sahaja kemampuannya hingga mampu mengungguli carta  ‘Richest Artistes’ in Malaysia seperti yang didakwa Wikipedia.
Dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato’ di awal namanya pastinya menjadi kenangan terindah Dato’ Siti Nurhaliza mengenang pahit gentir menjadi anak seni.
Terbaru, Dato’ Siti telah menerima anugerah penghormatan yang amat besar pada 2014 apabila dinobatkan sebagai “Women of Excellence Malaysia”, semalam.
Sememangnya bukan calang-calang yang bakal menerima penghormatan seperti penyanyi kesayangan kita ini. Tanpa perlu diragu, pastinya, beliau layak menerima anugerah tersebut.
Dato’ Siti Nurhaliza juga turut memanjat kesyukuran atas pengiktirafan tersebut dan berharap anugerah ini mampu menyunting semangat beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat khususnya kaum wanita.
Tahniah, Dato’ Siti Nurhaliza kami ucapakan! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH RADZI




