• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sabah Rampas Syabu Lebih 1.2kg Bernilai RM156,000

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 1,206.28 gram bernilai RM156,000 dalam beberapa serbuan di sini, Rabu lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dalam tangkapan pertama Rabu lepas, polis berjaya menahan suspek pertama berusia 50 tahun di kawasan Jesselton Point kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek itu, polis menjumpai tujuh peket plastik lut sinar berisi syabu seberat 351.47 gram disembunyikan di dalam motosikal milik suspek berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah bilik di kawasan Api-Api Centre semalam, dan menjumpai 13 peket plastik lut sinar berisi syabu seberat 660.71 gram serta wang tunai RM43,000.

Polis kemudiannya menahan dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun, dipercayai rakan sejenayah suspek pertama di sebuah pusat urut di sekitar Api-Api Centre 2.30 petang semalam, kata Chandra.

“Hasil tangkapan itu polis kemudiannya membuat serbuan ke sebuah pejabat di Kompleks Karamunsing dan menjumpai empat peket plastik lut sinar berisi syabu seberat 194.10 gram,” katanya.

Chandra berkata pihaknya turut merampas sebuah Toyota Vellfire, Toyota Vios dan basikal daripada ketiga-tiga suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Hasil penangkapan semua suspek, polis percaya mampu menumbangkan satu sindiket dadah yang bergiat aktif di Kota Kinabalu sejak pertengahan tahun lalu,” katanya.

Rampasan itu, katanya, adalah terbesar dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu tahun ini.

Katanya siasatan awal mendapati semua syabu itu dibawa masuk ke negeri ini dari Semenanjung Malaysia dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 4 ADB Pelucutan Harta (PH) 1988. – BERNAMA

Tags: polisSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd