• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ada Tattoo Ditemui Di Perairan Pulau Perhentian

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Dalam usaha pihak berkuasa mencari kehilangan seorang nelayan Ali Majid, 59, di sekitar perairan Pulau Perhentian Kecil yang masuk hari kelima hari ini, orang ramai dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki bertatu di badan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat lelaki yang ditemui para nelayan kira-kira pukul 2 petang itu terapung-apung di laut, 10 batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil.

“Kita percaya mayat berkenaan yang hampir busuk dan beberapa bahagian badannya telah hancur merupakan warga asing berdasarkan corak tatu bertulisan yang banyak terdapat di badan mangsa.

“Mayat itu kemudiannya kita bawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat pukul 4.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu operasi mencari nelayan yang hilang dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini diteruskan yang masuk hari kelima.

Petang Khamis lepas, bot kepunyaan Ali Majid telah ditemui orang awam di tengah laut kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil tanpa sesiapa di dalamnya.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh orang awam di Pondok Polis Pulau Perhentian sebelum satu operasi mencari membabitkan pelbagai pihak termasuk Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dilancarkan sehingga hari ini. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd