• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat ‘Hantu Jambatan’ Buat LGE Gemparkan Penduduk

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekeping nota didakwa ditulis oleh ‘hantu jambatan’ telah menggemparkan penduduk kawasan bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Batu Maung, dekat sini.

Warkah misteri tersebut dipercayai ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri dan nota berkenaan ditemui dilekatkan di salah sebuah tiang di bawah jambatan itu.

Ia mengatakan ‘hantu’ tersebut mengecam tindakan DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan kematian seorang peniaga Melayu yang baru-baru ini membunuh diri di jambatan terbabit.

“Saya amat terkilan apabila kematian saya diperjudikan demi kepentingan parti yang memerintah Pulau Pinang,” tulis nota berkenaan.

‘Hantu’ tersebut turut mendakwa tanah di Pulau Jerejak kini sudah mula diteroka dan ia bukan lagi menjadi hak milik rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri dipimpin DAP telah banyak melakukan kemusnahan terhadap tanah di kawasan tersebut sejak memerintah pada 2008 lalu.

“Selepas kematian saya baru-baru ini, saya dapat lihat banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Yang terbaru apabila saya menyelam ke Pulau Jerjak saya dapati sudah ada batu-batu (kuari) di Pulau tersebut dan mendapati pulau tersebut telah tergadai, bukan lagi hak Pulau Pinang.

note

nota2

note3

Selain itu, penganjuran forum bertajuk ‘Tragedi Lahar Yooi’ yang diadakan bersama PKR dan PPBM turut dikecam ‘hantu’ tersebut, yang mana meminta DAP segera menghentikan program terbabit kerana memalukan keluarganya.

“Saya amat tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang membuat program ‘Tragedi Lahar Yooi’ untuk kepentingan politik Lim Guan Eng.

“Saya mengecam Lim Guan Eng kerana membuat program yang mengaibkan saya dan keluarga dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang menjual rokok seludup. Program ini mesti dihentikan,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pemilik kedai runcit ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya pada 28 Oktober, kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dia membunuh diri di jambatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPJambatan Pulau PinangSURAT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd