• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Muafakat Johor Bakal Diperluas Ke Daerah Lain

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Sebahagian daripada hasil bayaran caj jalan raya (RC) yang dikenakan ke atas setiap kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura mulai 1 Nov lepas, akan digunakan oleh Johor untuk memperluas perkhidmatan Bas Muafakat Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkhidmatan itu satu-satunya perkhidmatan bas percuma bagi rakyat tempatan, dicadangkan untuk diperluaskan ke daerah-daerah lain bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat selain memudahkan pergerakan mereka.

Katanya, sejak dilancarkan bermula April hingga Oktober, seramai 1.34 juta pengguna telah mendapat manfaat.

Justeru, pada tahun depan, kerajaan negeri akan menambah peruntukan perkhidmatan daripada RM11 juta (tahun ini) kepada RM14.5 juta, kata Khaled.

“Ini bermakna, akan turut berlaku pertambahan jarak perkhidmatan iaitu daripada 813.6 kilometer (km) yang ada sekarang kepada 1,357 km pada tahun hadapan,” katanya.

Mohamed Khaled memberitahu demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2017 yang bertemakan ‘Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera’ pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Bayaran RC sebanyak RM20 itu dilakukan menerusi sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang diaktifkan di dua laluan masuk darat iaitu Tambak Johor dan Link Kedua.

RC akan dikutip setiap kali kenderaan asing memasuki negara ini melalui sistem kad ‘Touch n Go’. – BERNAMA

Tags: basJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

11/06/2026
0

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching memaklumkan Program Jualan Rahmah akan diadakan di daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd