• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr Mahathir Amal Politik Kebencian – Annuar

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik ‘kebencian’, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana Dr Mahathir kerap menggunakan perkataan kurang elok dan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, katanya dakwaan bekas perdana menteri bahawa kerajaan sudah tidak lagi berkemampuan membayar hutang negara adalah tidak benar berikutan kemampuan negara dalam membayar hutang diberikan rating ‘A+’ oleh Standard and Poor (S&P) yang diiktiraf oleh dunia.

“Ini bermakna negara kita diurus dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Ngeteh’ dan Bicara isu Semasa Bajet Rakyat di sini, malam tadi.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Katanya selain menggunakan pendekatan politik kebencian, Dr Mahathir juga didapati mempunyai sikap yang tidak konsisten dalam prinsipnya berhubung budaya demontrasi seperti dilakukan kumpulan perhimpunan haram Bersih.

Annuar berkata sewaktu menjadi perdana menteri, Dr Mahathir dengan keras menolak kemasukan budaya demontrasi kerana mengganggap negara ini bukanlah sebuah negara pendemontrasi dan selain bertentangan dengan budaya Islam.

“Tetapi tengok sekarang ini, Dr Mahathir membelakangkan semua ini kerana ‘amarah’ (marah).

“Saya fikir dalam kehidupan kita, semua ada kekecewaan dan dalam hidup ada zaman naik dan turun tetapi kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan ramai, lebih-lebih lagi melibatkan soal keselamatan, keamanan dan kesejahteraan,” katanya.

Perhimpunan Bersih 5.0 dijadual Sabtu ini di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd