• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbelanjaan R&D Tempoh 2011-2013 Kurang Memuaskan – Audit

oleh AK-47
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 mendedahkan pencapaian perbelanjaan Program Penyelidikan dan Pembangunan (Program R&D) bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), bagi tempoh 2011 hingga 2013 secara keseluruhan adalah kurang memuaskan.

Ini berdasarkan jumlah perbelanjaan sebenar yang dilakukan iaitu RM199.63 juta (56.1 peratus), berbanding peruntukan diluluskan RM355.95 juta.

Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini Isnin, analisis Audit mendapati peratusan perbelanjaan pada 2011 telah mencapai 99.7 peratus manakala 2012 pula adalah 99 peratus.

Bagi tahun 2013, peratus perbelanjaan hanya mencapai 80.6 peratus, antaranya disebabkan Dana Inno mencatat peratusan perbelanjaan iaitu RM3.50 juta (14 peratus) berbanding peruntukan keseluruhan RM25 juta, yang menjadikan prestasi perbelanjaan keseluruhan pada 2013 lebih rendah berbanding 2011 dan 2012.

Selain itu, pencapaian fizikal pelaksanaan projek secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu sebanyak 81 daripada 130 projek (62.3 peratus) telah berjaya disiapkan mengikut jadual, manakala kemajuan projek dalam pelaksanaan adalah baik iaitu 927 daripada 1,018 projek (91.1 peratus)mengikut jadual yang ditetapkan setakat 31 Dis 2013.

Menurut laporan itu, sebanyak lima projek ditamatkan walaupun kerajaan telah membuat pembayaran dana berjumlah RM3.10 juta bagi projek tersebut, melibatkan tiga projek bagi Dana Sains dan dua projek bagi Dana Tekno.

Ia disebabkan kelemahan dalam pengurusan projek, kelemahan pemantauan kemajuan dan perbelanjaan projek oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), perubahan skop projek, data penyelidikan yang diperoleh tidak signifikan untuk mencapai objektif projek serta penyelidik tidak berminat meneruskan projek atas faktor kesihatan dan ketiadaan kepakaran.

Selain itu, sehingga 22 Sep 2014, 16 daripada 89 institusi telah memulangkan baki peruntukan projek Dana Sains yang telah tamat kepada kementerian berjumlah RM836,206.51, manakala empat RMC memaklumkan tiada baki peruntukan bagi dana tersebut.

Dalam pada itu, tuntutan pembayaran bagi Projek iDOLA Fasa I (pengagihan komputer) berjumlah RM73,945 yang telah ditolak oleh Mosti, didapati telah dicajkan semula oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai perbelanjaan di bawah Projek iDOLA Fasa II, yang meliputi pembayaran gaji, penyediaan makanan, tuntutan perbelanjaan, penginapan dan pembayaran tuntutan lain.

Audit mengesyorkan pengurusan perbelanjaan perlu dipertingkatkan untuk mengelak kelewatan dalam memproses bayaran pendahuluan kepada penerima dana dan YIM tidak sepatutnya mengenakan caj perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh Mosti dalam pelaksanaan Projek iDOLA Fasa I dengan menggunakan peruntukan Projek iDOLA Fasa II.

Peruntukan keseluruhan yang diluluskan bagi program R&D di bawah RMK-10 (2011 hingga 2015) adalah sebanyak RM2 bilion, menurut laporan itu. – BERNAMA

Tags: AuditMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd