• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amerul Affendi Akur Dipinggir Stesen TV Kerana Tidak Kacak

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Bagaimanapun, Amerul atau nama sebenarnya Mohd. Amerul Affendi Mohd. Mawardi, 30, berkata, dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

“Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.

“Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

 Amerul menulis status di twitter miliknya pada 6 November lalu.

Amerul menulis status di twitter miliknya pada 6 November lalu.

Amerul diminta mengulas tentang luahan perasaanya di laman sosial Twitter yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Kata pelakon filem Polis Evo ini, dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.

“Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ,” ujarnya.

Amerul Affendi
Amerul Affendi

Dalam pada itu, ditanya pendapat dia tentang kepentingan media sosial, Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.

Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton. Bagaimanapun ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

“Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Amerul Affendipelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd