• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Dalam Tin Coklat – Rakyat Malaysia Ditahan

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘TAK tahu dadah dalam tin coklat’ – Demikian alasan seorang lelaki warga Malaysia selepas ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), Manila.

Dia ditahan pihak berkuasa Filipina apabila didapati cuba menyeludup masuk 4.6 kilogram kokain yang disembunyikan dalam tin coklat, pada Isnin lalu.

Suspek, Nasiruddin Mohammad Hasnan, 22, yang berasal dari Johor ditahan apabila tiba di ibu kota itu menaiki sebuah penerbangan dari Lome, Togo.

1

Sebelum berada di negara Afrika itu selama sehari, Nasiruddin dilaporkan mulanya pergi ke Addis Ababa, Habsyah dengan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan pada beg suspek setibanya di Manila mendapati terdapatnya sembilan tin yang mengandungi 216 bungkusan seperti coklat yang kemudian disahkan sebagai dadah jenis kokain.

Menurut media tempatan Inquirer.net, dadah yang dibawa suspek adalah kokain gred tinggi dan dianggarkan bernilai 23 juta peso (RM2.03 juta).

15107208_337117766645677_6717903345999108739_n

Nasir Uddin Bin Mohd HasnanJurucakap imigresen Filipina, Jaime Morente berkata, sebelum suspek tiba, pihaknya sudah menerima maklumat dari Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat mengenai seorang pembawa dadah dari Togo.

“Suspek hanya membawa sebuah bagasi bimbit dan ditahan di NAIA ketika cuba menaiki teksi,” katanya.

Semasa disoal siasat, suspek mendakwa tidak tahu mengenai dadah di dalam tin coklat berkenaan dan membeli tin coklat berkenaan ketika melancong di Bangkok, Thailand.

Dia yang berkerja sebagai pencuci kereta juga memaklumkan ini adalah kali pertama dirinya datang ke Filipina.

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd