• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantin China Dipaksa Lakukan Seks Depan Tetamu

oleh AK-47
16/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IA memerlukan keberanian untuk melangkah ke alam perkahwinan – terutama sekali jika anda pasangan yang tinggal di China.

Pasangan pengantin dari negara ini biasanya wajib  ‘dikenakan’ dengan permainan yang agak kurang ajar, sama ada melucutkan pakaian di hadapan tetamu sehinggalah dipaksa bermain dengan pisang bersama-sama pasangan.

Satu rakaman video terbaharu dari media China menunjukkan satu pasangan yang telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks di hadapan semua tetamu mereka.

Pada awal klip berdurasi dua minit itu, pengantin perempuan dan pengantin lelaki baring di bawah selimut merah ‘bertuah’, dalam keadaan separa bogel.

Bilik tidur perkahwinan mereka malahan dihiasi dengan pelbagai perhiasan merah, yang merupakan ‘warna bertuah’ bagi masyarakat di China.

Pasangan Pengantin China Dipaksa Lakukan Seks Depan Tetamu

Pasangan Pengantin China Dipaksa Lakukan Seks Depan Tetamu

Kemudian, beberapa tetamu wanita meminta pasangan untuk menanggalkan seluar mereka.

Sepasang sarung kaki kelabu, dipercayai milik pengantin perempuan, telah diambil oleh rakannya yang kelihatan terlajak teruja.

Pengantin perempuan itu kemudiannya menyerahkan seluar berwarna merah miliknya kepada rakannya.

Selepas beberapa ketika, pengantin lelaki ikut serta menyerahkan seluar hitamnya kepada para tetamu.

Di bawah tekanan daripada tetamu mereka, pasangan yang bertelanjang bulat itu memeluk antara satu sama lain di atas katil.

Tetapi tetamu mereka masih tidak berpuas hati.

“Panjat badannya sekarang!” arah seorang tetamu perempuan.

Seorang lagi tetamu perempuan walaupun dilihat menarik paha pengantin perempuan untuk memaksa beliau meletakkannya di atas pengantin lelaki.

“Adakah kamu berdua melekat antara satu sama lain?” soal tetamu lain.

Selepas itu, seorang lagi tetamu perempuan cuba untuk membantu pasangan melakukan hubungan seks dengan menekan punggung pengantin perempuan terhadap badan pengantin lelaki itu!

Para tetamu boleh didengar ketawa terbahak-bahak ketika memalukan pasangan pengantin itu.

Bagaimanapun, mereka masih belum berpuas hati.

Selepas memastikan pasangan itu berada dalam kedudukan yang betul untuk seks, mereka menyentap selimut itu untuk mendedahkan tubuh telanjang pasangan itu!

Pengantin lelaki segera merampas selimut untuk melindungi dirinya dan isterinya, namun para tetamu ‘sampai hati’ pecah berderai ketawakan mereka.

Video yang pelik ini tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk YouTube sejak pertengahan September lalu.

Seorang pengguna Weibo berkata pengantin perempuan dan pengantin lelaki berasal daripada daerah Zizhou di wilayah Shaanxi; sementara netizen yang lain banyak mengkritik tahap relevan permainan perkahwinan itu.

“Ia amat menakutkan. Saya tidak mahu untuk berkahwin, “kata seorang netizen.

“Saya tidak sanggup menonton video itu,” kata yang lain.

“Bagaimana pengantin lelaki boleh ketawa? Isterinya sedang telanjang dan disaksikan orang ramai”,soal netizen ketiga. – MYNEWSHUB.CC

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3938532/Shocking-moment-Chinese-wedding-guests-force-bride-groom-strip-sex-them.html#v-725740890980895808

Tags: Chinaperkahwinan
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd