• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Mesej Viral Penutupan Jalan Untuk Bersih 5

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan penyebaran mesej viral berhubung penutupan 24 jalan di pusat bandar susulan perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, polis tidak mengeluarkan sebarang amaran dan satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berhubung laluan trafik di ibu negara.

“Tidak betul, sila tunggu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi mesej yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp itu, 24 jalan akan ditutup bermula jam pagi hingga 6 petang pada 19 November.

Jalan yang terlibat adalah Jalan Kuching , Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail menghala Jalan Kuching di kedua – dua arah, Jalan Ipoh menghala Jalan Tun Razak di kedua – dua arah, Jalan Raja Laut, Bulatan Pahang, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Pudu Sentral, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja.

Turut dinyatakan, penutupan jalan tersebut akan berubah mengikut keadaan semasa.

Dalam mesej tersebut turut dinyatakan tempat berkumpul untuk peserta perhimpunan iaitu di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: BERSIH 5jalanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd