• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Bermula RM1

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tambang perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK), yang beroperasi 16 Disember ini, akan bermula pada kadar RM1 hingga RM5.50 bagi mod tanpa tunai.

Tambang struktur tunai pula bermula antara RM1.10 dan RM6.40.

Rapid Rail Sdn. Bhd (Rapil Rail) dalam kenyataan pada Selasa berkata, tambang maksimum tersebut meliputi perjalanan penuh 51 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang merentas 31 stesen.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi mulai 16 Disember dengan meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dan Fasa 2 dengan baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang dan dijadual beroperasi pada Julai tahun depan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telah meluluskan struktur tambang itu berdasarkan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan, sama seperti struktur tambang perkhidmatan LRT dan Monorel.

Laluan MRT SBK itu turut menawarkan diskaun 50 peratus kepada warga emas, pelajar dan orang kurang upaya manakala tambang percuma untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun. – BERNAMA

Tags: MRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd