• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T-Team Bakal Hilang Tujuh Tonggak Utama Musim Depan

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasukan T-Team bakal kehilangan tujuh tonggak utama dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata kedua-dua penjaga gol pasukan itu, Muhammad Ilham Amirullah Razali memutuskan untuk berhijrah ke Felda United, manakala Wan Azraie Wan Teh menyarung jersi Pahang.

Katanya, Asrol Ibrahim, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Radhi Mohd Yusof, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan Arif Fadzilah Abu Bakar, turut akan beraksi bersama pasukan lain, antaranya kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa pemain baharu termasuk pemain import dari Uzbekistan serta pemain daripada skuad Piala Presiden negeri.

“Kita akan segera mengisi kekosongan kesemua posisi ditinggalkan pemain tersebut dan penggantian juga akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengikat pemain bersama pasukan T-Team bagi musim depan.

“Pemain tempatan ramai berhijrah, dan dengan kehilangan pemain tonggak itu, kita akan lihat posisi mana paling kritikal untuk diisi dan jika ia memerlukan kekuatan pemain import, kita akan cuba dapatkan khidmat mereka,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mohd Syahrizan berkata jika diberi pilihan, pihaknya mahu mengekalkan pemain import sedia ada seperti Makan Konate, Abdoulaye Maiga, Dilshod Sherofetdinov dan Patrick Cruz Dos Santos, namun ia bergantung kepada keputusan Rachmad Darmawan selaku pengendali pasukan itu.

Beliau berkata pihaknya juga akan menggunakan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan negeri secara berhemah bagi meningkatkan prestasi dan melangkah lebih jauh pada musim akan datang.

Untuk rekod, T-Team menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan mengumpul 27 mata, selain berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2016. – BERNAMA

Tags: bola sepakT-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd